mangga

SKUAD PENCAK SILAT PKB DIIKTIRAF DI PERINGKAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Pada 20 hb Mac 2010 seramai 19 orang pensyarah/pengerusi pelajar dari seluruh IPT Malaysia telah menerima selempang Jurulatih Pencak Silat dan sijil pengtauliahan Jurulatih Silat Olahraga dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Politeknik Kota Bharu juga diberi pengtauliahan yang mana tiga orang wakil telah lulus dalam kursus dan ujian yang diadakan.Wakil dari PKB ialah Penasihat Skuad Pencak Silat PKB Hj Ahmad bin Omar, Jurulatih Pencak Silat PKB Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani dan Pengerusi Pelajar Pencak Silat PKB Tn Mohd Nur Khairun BIN Tn Mahmud. Majlis Penyampaian Sijil tersebut telah di adakan di The Zon Regency Hotel, Johor Bharu dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia semasa merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat 2010 kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada Majlis tersebut Menteri Pengajian Tinggi diiringi oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan juga Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Md. Sohaimi Mohamad Shah. Semoga pengtauliahan tersebut memberi semangat dan keyakinan yang tinggi kepada Skuad Pencak Silat PKB untuk terus cemerlang di masa akan datang.
“SKUAD PENCAK SILAT PKB CEMERLANG,SETIAP JEJAK PASTI BERTAPAK”


Disediakan oleh :
Md Baharuddin bin Abd Rahman
Penasihat Kelab Pencak Silat PKB

No comments:

Post a Comment