mangga

KEJOHANAN OLAHRAGA MSP 2011

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Politeknik 2011 akan berlangsung pada 27/01/2011 - 01/02/2011 di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Acara trek dan padang akan dipertandingkan di kejohanan tersebut. Pelajar-pelajar ingin mewakili PKB ke kejohanan tersebut boleh berhubung dengan Unit Sukan dengan kadar segera.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MTB-Mari Tolok Basikal

PKB adventure mengikuti program kayuhan ke Bukit Mat Lipoh pada 17.12.10 bersama Mahligai Extreme Team. 50 rider dgn pelbagai kelas basikal MTB (XC,trail,AM,freeride,Downhill) melalui trail XC mendaki Bukit Mat Lipoh. Trail Downhill pula rosak teruk akibat hujan minggu lepas. Walaubagaimanapun semua rider enjoy kayuhan pada hari ini

PKB Adventure Team
Raduan-Farhan-Amier-Hanif-Asma

P/s: Gambar2 masa Downhill xdan nk amik semo sibuk dok melompat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.
Politeknik Kota Bharu .2008

KEJOHANAN TERTUTUP TEN-PIN BOWLING ANTARA STAFF

‪‪Unit Sukan PKB akan mengadakan satu kejohanan tertutup ten-pin bowling antara staf. Kejohanan ini adalah merupakan acara tahunan Unit Sukan PKB yang bertujuan untuk mendedahkan staf PKB kepada budaya bersukan yang sihat sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PKB.‬
‪ ‬
‪Memandangkan tempat kejohanan yang terhad penyertaan terpaksa dihadkan kepada 30 orang peserta lelaki dan 30 orang peserta perempuan yang paling awal mendaftar sahaja.‬
‪ ‬
‪Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan syarat-syarat kejohanan kepada sesiapa yang berminat.‬
‪ ‬
‪"Majulah Sukan Untuk Negara"‬



‪Mohd Noraidi bin. Jaafar
noraidi@pkb.edu.my
019-9618998 @ ext : 211
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.
Politeknik Kota Bharu .2008

GYM

GYM pkb akan dibuka kepada warga pkb pada:

Hari: Ahad-Selasa-Rabu
Masa: 5.00ptg-7.00mlm

Sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mt Berembun Trekking



PKB adventure Team will organize an expedition to Mount Berembun, Dungun, Terengganu on 23 to 26 December 2010. to students who are interested may contact wawa nasir (019-4769282). first come first serve

Daki Gunung

Lama betul x hiking. Ada apa2 cadangan untuk semester depan?
Stong
Ayam
Berembun
Chamah
Rabung
Tebu

Mana satu pilihan hati...?

Test jeliride.com trail

esok nak g test jeliride trail...
Untuk peminat2 MTB jgn lupa join bulan feb 2011. Ni first time geng MTB kelate buat jamboree ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nenggiri 2010

Penyertaan untuk program berakit Air Deras Nenggiri sudah pom penuh....
Satu taklimat pada yang peserta pada 8/11/2010 d DATARAN GEMILANG PKB jam 5 petang...
Semua peserta wajib hadir untuk pembahagian kumpulan, bahan mentah dan alat-alatan...

Tentatif Perjalanan Program Berakit Air Deras Sg Nenggiri

Tarikh

masa

12/11/2010

Jumaat

8.00 pagi

12.00 TGH

3.00 ptg

8.00mlm

Bertolak dari PKB

Solat Jumaat di Bandar Gua Musang

Persiapan Rakit/dinghy

Taklimat Perjalanan dan Keselamatan

13/11/2010

Sabtu

7.00 pagi

8.00 pagi

8.30 pagi

12.00tgh

1.00ptg

5.00 ptg

Makan Pagi

Senaman Ringkas

Ekpedisi Bermula ke Gua Cha

Berhenti Rehat /Makan tengahari

Bertolak ke Kuala Jenera

Sampai di Kuala Jenera

14/11/2010

Ahad

7.00 pagi

8.00 pagi

8.30 pagi

12.00tgh

1.00ptg

5.00 ptg

6.00 ptg

8.00 mlm

Makan Pagi

Senaman Ringkas

Bertolak Ke Kg Pulat

Berhenti Rehat /Makan tengahari

Bertolak ke Kg Star

Sampai di Kg Star

Bertolak ke Taman EtnoBotani

Makan Malam

15/11/2010

Isnin

8.00 pagi

10.00 pagi

3.00 ptg

Makan pagi/Paintball

Bertolak ke PKB

Sampai di PKB

BERAKIT AIR DERAS SG. NENGGIRI




PKB Adventure Team akan menganjurkan program berakit air deras di Sg Nenggiri, Gua Musang pada 12-15 November 2010. Kepada pelajar PKB yang berminat sila download borang penyertaan dan hantar borang penyertaan ke UNIT SUKAN.

untuk keterangan lanjut sila hubungi mirul -013-9016127

Tarikh tutup permohonan: 7/11/2010

Taklimat peserta: 8/11/2010 jam 5.00 ptg
*peserta wajib hadir

Karnival Sepak Takraw Kebangsaan

Pasukan takraw PKB naib johan Karnival Sepaktakraw Kebangsaan... on Twitpic

SHAH ALAM -- Lebih ramai tekong pintar, pelibas cerdas dan pengumpan cergas berjaya dicungkil dan dilahirkan daripada Karnival Sepak Takraw Kebangsaan Universiti Teknologi Mara (UiTM)-Kementerian Pengajian Tinggi 2010, baru-baru ini, wajar dimanfaatkan demi masa depan sukan warisan bangsa Malaysia ini.

Dengan kehadiran 48 regu bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam-Swasta (IPTA-S), 21 regu Bawah 18 Tahun dan 24 regu Bawah 15 Tahun, karnival kali kedua ini mencapai matlamatnya untuk turut membantu banyak persatuan sepak takraw negeri mengenal pasti bakat baru yang khusus bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).

Malah, melahirkan 'pemain dan pasukan sepak takraw berilmu' yang menjadi sasaran utama penganjur, bakal meluaskan lebih banyak pilihan buat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) apabila menyediakan pasukan yang mampu kembali merampas takhta dunia daripada musuh tradisi, Thailand.

Hadiah kemenangan berjumlah lebih RM10,000 turut mencetuskan sambutan hangat penyertaan termasuk dua lagi kategori - Wanita dan Media (11 regu kesemuanya) sepanjang kejohanan dari Jumaat hingga Ahad lalu di Kompleks Sukan Pusat Sukan UiTM di sini.

Gelaran acara kemuncak IPTA-S digondol Majlis Sukan Politeknik 'B' yang menewaskan Politeknik Kota Bharu 'B' 2-0 dalam perlawanan akhir sekali gus membawa pulang ganjaran RM1,300 yang turut disaksikan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Abdul Rahman Palil dan Ketua Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Naib juara meraih RM1,000 manakala regu tuan rumah, UiTM 'B' dan UiTM 'C' memenangi RM500 sebagai pemenang ketiga bersama sementara sagu hati buat yang kalah suku akhir iaitu Majlis Sukan Politeknik 'C', Kolej Komuniti Rompin, Politeknik Kota Bharu 'C' dan Majlis Sukan Politeknik 'A'.

Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) 'A' membuktikan kejaguhan dengan membolot gelaran kategori Bawah 18 dan 15 Tahun karnival ini sambil menghimpun RM1,650 apabila regu masing-masing menewaskan Banting dan rakan sepasukan, SSBP 'C' 2-0 pada perlawanan akhir.

Membariskan tekong dan pelibas negara, Siti Norzubaidah Che Ab. Wahab dan Nurul Izzatul Hikmah Zulkifli, Kelantan 'B' dan 'C' bergelar juara dan naib juara kategori Wanita serta mengaut ganjaran berjumlah RM1,150 manakala regu tuan rumah, UiTM 'B' dan 'C' berkongsi tempat ketiga.

Akhbar tabloid Sukan Malaysia pula menjuarai dan meraih RM1,000 dalam kategori baru, Media dengan mengatasi Utusan-Mingguan Sukan 2-0 dengan naib juara membawa pulang RM850 sementara RTM-Filem Negara dan Bikerz Magazine-Utusan-RTM di tempat ketiga dengan RM350.

Utusan-Mingguan Sukan membariskan eksekutif anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Media Sales (UMES) - Aznor Dzulkarnain Aziz (tekong), Mohammed Hairul Kusdi (pelibas daripada Jabatan Pengeluaran Utusan) dan Mohd. Izzuddin Kamaruddin (pengumpan/wartawan foto Mingguan Sukan).

Lain-lain pemain media termasuk Muhammad Haffizul Ibrahim (Jabatan Pemasaran Utusan), Manja Bah Lunggok (Filem Negara), Rajif Sulaiman, Idian Bah Lunggok, Wan Mohd. Noraffandi W. Mohd. Ghazali, Azmi Khamis, Syed Fadzil Syed Abdulla (RTM), Maznan Muhd. Mapot Muhamad Mahfud (ntv7) dan Azmi Mansor (Bikerz Magazine).

source: Utusan Malaysia

Porter

Sungguh kagum melihat kegigihan porter mengangkut barang dari Tipohon Gate ke Laban Rata. Biasanya mereka membawa lebih 50kg. Aku 10kg pon tak sanggup.

Demi sesuap nasi untuk anak-anak di rumah mereka gagahi ke Laban rata.
Buat mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah hargailah pengorbanan orang tuamu.

Mt Kinabalu
Sabah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gymnasium

Unit Sukan telah memindahkan semua peralatan dari bilik gym bwh kantin ke bekas pejabat pentadbiran Kolej Komuniti KoK Lanas bangunan bersebelahan kelas Politeknik Jeli.

Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar dan staff. Kepada yg berminat boleh berhubung dengan unit sukan atau menghubungi terus En Hasnizul.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test

Mr udom
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SKUAD PENCAK SILAT PKB DIIKTIRAF DI PERINGKAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Pada 20 hb Mac 2010 seramai 19 orang pensyarah/pengerusi pelajar dari seluruh IPT Malaysia telah menerima selempang Jurulatih Pencak Silat dan sijil pengtauliahan Jurulatih Silat Olahraga dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Politeknik Kota Bharu juga diberi pengtauliahan yang mana tiga orang wakil telah lulus dalam kursus dan ujian yang diadakan.Wakil dari PKB ialah Penasihat Skuad Pencak Silat PKB Hj Ahmad bin Omar, Jurulatih Pencak Silat PKB Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani dan Pengerusi Pelajar Pencak Silat PKB Tn Mohd Nur Khairun BIN Tn Mahmud. Majlis Penyampaian Sijil tersebut telah di adakan di The Zon Regency Hotel, Johor Bharu dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia semasa merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Sukan Tumpuan Pencak Silat 2010 kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada Majlis tersebut Menteri Pengajian Tinggi diiringi oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan juga Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Md. Sohaimi Mohamad Shah. Semoga pengtauliahan tersebut memberi semangat dan keyakinan yang tinggi kepada Skuad Pencak Silat PKB untuk terus cemerlang di masa akan datang.
“SKUAD PENCAK SILAT PKB CEMERLANG,SETIAP JEJAK PASTI BERTAPAK”


Disediakan oleh :
Md Baharuddin bin Abd Rahman
Penasihat Kelab Pencak Silat PKB

pendakian Kinabalu 2010

Sempena Sambutan Jubli Perak 25tahun PKB, PKB Adventure Team yang terdiri daripada Mohd Arff Dollah, Mohd Sukiman Muhammad, Muhammad Zulhadi Zakuan, AmirulAriffin Abdul Rahman dan Nor Syahirah Muhd Nor telah melakukan Pendakian Gunung Kinabalu pada 1-4 April 2010.

Cabaran Orienteering 1 Malaysia





PKB Adventure Team sekali lagi telah membuat kejutan dengan memenangi tempat kedua dan Kelima dalam Cabaran Orienteering 1 Malaysia yang dianjurkan Oleh KPTM-UITM. Lebih 1000 peserta menyertai kejohanan pertama ini dan diwakili semua IPT di Malaysia...
Menurut Pengurus Pasukan PKB Cik Siti Mariam Roslan Pasukan PKB tidak meletak target yng tinggi kerana keputusan untuk menyertai kejohanan ini agak lewat dan hanya lah untuk memberi saingan kepada pasukan lain. tetapi Alhamdulillah, dengan kesungguhan pasukan PKB dan jurulatih pasukan Encik Mohd Hasnizul Hasbullah kita mendapat kejayaan ini.

LIGA BOLASEPAK IPT

Pasukan Bolasepak PKB telah menyertai Liga IPT malaysia 2010 a.k.a U-league.. dimana PKB telah bermain di peringkat Zon timur bersama-sama UMK, UMT, UDM, UMP, UiTM PAHANG, POLISAS, KK TEMERLOH DAN KK ROMPIN.

TARIKH MASA PERLAWANAN VENUE KEPUTUSAN
PUSINGAN PERTAMA
28 FEB 4.45 PTG PKB VS UiTM
STD. MINI KETEREH
3-1

5 MAC 4.45 PTG PKB VS UDM STD. MINI KETEREH 3-1
21 MAC 4.45 PTG KKT VS PKB
STADIUM TEMERLOH
0-4
26 MAC 4.45 PTG PKB VS UMK STD. MINI KETERAH 5-1
4 APR 4.45 PTG UMP VS PKB
PDG. KOLEJ. ISLAM PAHANG, KUANTAN
2-2
9 APR 4.45 PTG UMT VS PKB SEK. MEN. TEK. KUALA TERENGGANU
14 MEI 4.45 PTG PKB VS KKR STD. MINI KETEREH
23 MEI 4.45 PTG PKB VS POLISAS STD. MINI KETEREH






PASUKAN PKB




KEJOHANAN SEPAKTAKRAW M.S.P 2010

TAHNIAH BUAT PASUKAN PKB SEKALI LAGI MUNCUL JUARA DALAM ACARA BERPASUKAN MENGALAHKAN PASUKAN PUO DALAM PERLAWANAN AKHIR. MELENGKAPKAN KEJAYAAN REGU PKB JUGA MUNCUL JUARA DALAM ACARA ANTARA REGU. KEJAYAAN PASUKAN SEPAKTAKRAW PKB KALI INI ADALAH KEJAYAAN HATRICK DIMANA SEBELUM INI PKB PERNAH MUNCUL JUARA PADA TAHUN 2008 & 2009.

KEJOHANAN FUTSAL MSP2009

buat julung kali unit sukan PKB dengan kerjasama MSPM telah menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL MSP 2009 pada 24-25 Disember 2009
kejohanan ini berlangsung d REAL 7 futsal Areana, Pasir Tumbuh,
28 pasukan telah menyertai Kejohanan ini.

keputusan:
lelaki
Johan :PKM
Naib Johan :PJB

wanita
johan: PPD
naib johan: PKKT





SKUAD PENCAK SILAT PKB CEMERLANG

Taktik asakan empat serangan berangkai dan elak tepi serang balas merupakan teknik kemenangan Pasukan Pencak silat PKB berjaya mewakili Kelantan menghadapi Sukan Malaysia
(SUKMA XIII) di Melaka yang dijadualkan pada 10-19 Jun ini.

Menurut Pengurus Pasukan Pencak Silat PKB Tn Hj Ahmad Omar, Pesilat PKB bijak mengambil peluang mencari mata markah dalam setiap pusingan sehinggakan lawan sukar untuk
masuk rapat mencari mata markah. Tn Hj Ahmad sangat kagum dengan persembahan yang
ditunjukkan oleh Pesilat PKB yang telah menyertai banyak Kejohanan Jemputan, Kejohanan Terbuka dan Kejohanan peringkat Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

Jenis dan cara latihan yang di perturunkan oleh Jurulatih Pencak Silat PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani yang bijak menyusun gerak pola langkah bagi menghadapi lawan menjadi kunci utama kecemerlangan Pesilat PKB untuk mendapat kejayaan dengan terpilih mewakil Kelantan ke SUKMA. Mereka datang dari pelbagai pertubuhan seni mempertahankan diri dan
bila berada dalam Kelab Pecak Silat PKB mereka bersatu dalam menjalani latihan tanpa ada kepentingan diri masing-masing yang menjadikan Kelab ini antara yang teraktif di Politeknik Kota Bharu.
Corak latihan stamina dan kecergasan ala tentera juga menaikkan tahap disiplin yang tinggi kepada pesilat PKB yang sentiasa bersemangat menjalani latihan dua kali seminggu.Kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan Politeknik Kota Bharu juga merupakan kunci utama kejayaan Pasukan Pencak Silat PKB yang sentiasa aktif terutama pegawai Sukan En Wan Muhammad Marzudi Wan Muhammad yang sentiasa turun padang setiap kali latihan intensif diadakan di PKB.

Antara pelajar PKB yang berjaya menjuarai kejohanan Pemilihan
SUKMA Kelantan ialah :
Ahmad Zeeyadi bin Zahalani (04DKA07F080), kategori Putera kelas B,
Mohd Amin Assraf bin Mat Ayob (04DEM07F036), kategori Putera kelas C,
Tn Mohd Nur Khairun Tn Mahmud (04DKA07F030), kategori Putera kelas F
Wan Nuradhiah bt Wan Ibrahim (04DPM08F1004) , kategori Puteri kelas A,

Manakala pesilat lain juga menunjukkan prestasi yang baik, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana tewas pada perlawanan akhir dan hanya mendapat naib johan iaitu:
Mohd Muttaqie Rullah bin Rosli (04DAT09F1009) kategori Putera kelas D
Mohd Afiq Fakhri bin Ahmad Ramzi (04DKA08F1087) kategori Putera kelas E
Wan Noor Amin bin Wan Mohd Noor (04DEM09F1032) kategori Putera kelas H,
Mohd Ariffudin bin Che Saide (04DAD07F024)kategori Putera kelas I,
Norzul syazwani binti Zulkifli (04DPR08F2014)kategori Puteri kelas B,
Nurul nadhirah bt Mohd Asri ( 04DPR08F2004 ) kategori Puteri kelas C,


From silat

rock climbing.. i do that











terhad untuk 20 peserta sahaja

syarat penyertaan:
1. sihat tubuh badan
2. stamina yg tinggi

borang penyertaan

hantar borang penyertaan yg lengkap ke unit sukan

MASKOM MTB CARNIVAL

Otai-otai PKBat has joined Mountain bike cross country race in Park City, Kuantan on January 31, 2010. IEMA SOFEA from DPM2A won third place and took home RM150, while AMIRULARIFIN and HASANAH from DPT2A won fifth place and bring home a RM50.

KEJOHANAN TAE KWON-DO MSPM 2009

TARIKH:27-30/12/2009
TEMPAT: POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

PKB telah menyertai kejohanan TAE KWON-DO MSPM buat julung kali di Polisas. Dengan berbekalkan azam dan kesungguhan Pasukan PKB telah memperolehi tempat kedua dalam pungutan pingat .

SENARAI PEMENANG TAEKWON-DO PKB DI KEJOHANAN SENIBELA DIRI MSP POLISAS 2009.

pingat EMAS

1. MOHD ALIKE BIN NORDIN (04DEM09F1040)
(Free SPARRING Micro weight)
2. QAMARIAH NORHIDA YAH BT SALLEH (04DKA06F544)
(Free SPARRING Micro weight)

pingat PERAK

1. KHAIRUL NAZMEE B. ABDULLAH (04DAD08F2107)
(PATTERN INDIVIDU 5TH-3RD)
2. MUHAMMAD KHUWALID B. A.RAHIM (04DKA09Fl158)
(Free SPARRING Light weight)
3. SARI WAHIDATUL ERMA BT.MOHD (04DKA09F1090)
(PATTERN INDIVIDU 10TH_9TH)
4. SITI NURUL IDA YU BT ROSDILAH (04DKA06F571)
(PATTERN INDIVIDU 5TH_3RD)

pingat GANGSA
1. FAIZAL B. MAT LEH (04DKE09F1100)
(PATTERN INDIVIDU 10TH_9TH)
2. SIn FATIMAH BT. JAAFAR (04SKE07F2038)
(Free SPARRING Light weight)

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA PEMENANG

ABDUL RASHID B AHMAD
Pengurus Pasukan Tae Kwon-Do PKB

KEJUARAAN PENCAK SILAT MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

Pada 26-30 Disember 2009
Pasukan Kelab Pencak Silat PKB menunjukkan belang di hujung tahun apabila mereka menjadi Naib Juara di Kejohanan Pencak Silat Peringkat MSP di Dewan Seri Makmur POLISAS.

Kejohanan pertama kali peringkat MSP ini menampakkan pembaharuan yang menarik yang mana semua pesilat PKB yang menyertai Kejohanan ini membawa balik pingat ke PKB.PKB ketinggalan 2 Emas dibelakang PUO yang menghantar semua kategori kerana dua pesilat PKB tidak menyertai kejohanan tersebut pada saat-saat akhir. Menurut Jurulatih Pencak Silat PKB Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani,pasukan pencak Silat PKB pada kali ini menunjukkan kehebatan dan digeruni oleh Politeknik lain apabila PKB layak ke separuh akhir dalam acara silat olahraga seramai 11 orang.Yang lebih memeranjatkan lagi semua kontijen ialah Pesilat PKB kelas B putera Ahmad Zeeyadi Zahailani telah menumpaskan pesilat yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan Asia pada perlawanan pilihan sesi perasmian penutup, pesilat tersebut dari PSA .

Persembahan pendekar-pendekar PKB menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang membanjiri Dewan Seri Makmur POLISAS tersebut membakar lagi semangat Pesilat PKB untuk mempersembahkan yang terbaik, terutama dengan kehadiran Tuan Pengarah PKB Hj Che Ku Mamat bin Che Ku Abdullah memberi kekuatan pada pesilat PKB

Keputusan pertandingan
1. Kategori silat Seni ( 1Emas, 1 Perak & 3 Gangsa)
a) i. Jurus Tunggal Puteri EMAS ( Wan Nuradhiah Wan Ibrahim)
ii. Jurus Tunggal Putera Keempat

b) i. Solo Kreatif Puteri GANGSA
ii. Solo Kreatif Putera Keempat

c) i. Ganda Puteri Keempat
ii Ganda Putera GANGSA
d)i. Regu Puteri GANGSA
ii Regu Putera PERAK

2. Kategori Silat Olahraga
a) Putera
Kelas A - Perak
Kelas B- Johan ( Ahmad Zeeyady bin Zaihalani)
Kelas C-Gangsa
Kelas D- Gangsa
Kelas E-Suku akhir
Kelas F-Gangsa
Kelas G-suku akhir
Kelas H-Gangsa
Kelas I – Gangsa
Kelas J- Tarik diri

b) Puteri
Kelas A – Emas ( Wan Nuradhiah wan Ibrahim)
Kelas B- Gangsa
Kelas C-Gangsa
Kelas D- Gangsa
Kelas E-Tarik diri

Keseluruhan silat olahraga 2 EMAS,1 PERAK dan 11 Gangsa
Keseluruhan pingat PKB 3 EMAS, 2 PERAK dan 14 GANGSA

Adalah diharapkan Semoga pencapaian Kelab Pencak Silat PKB melangkah lebih jauh daripada yang ada kini untuk pertandingan seterusnya dengan sokongan unit sukan PKB..