mangga

EKPEDISI GUNUNG TAHAN 2011 VIA MERAPOH - KUALA TAHAN

Gunung Tahan adalah puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di Banjaran Titiwangsa dan menjadi gunung idaman bagi peminat aktiviti mendaki.
Seramai 31 peserta PKB Adventure dan Alumni PKB telah mengadakan ekspedisi ke Gunung Tahan pada 12 - 17 Jun 2011. Trip kali ini juga diiringi oleh paramedik dan anggota JPAM.


Perjalanan bermula dari PKB jam 11.00malam 11/06/2011 dan tiba di Taman negara Merapoh jam 6.00 pagi. Setelah solat subuh dan sarapan kesemua barang pendaki diperiksa oleh pegawai Perhilitan.Jam 11 pagi kami menaiki 4x4 ke kuala Juram. Perjalanan selama setengah jam begitu nyaman dan selesa.

Perjalanan seterusnya ke Lata Luis mengambil masa selama 2 jam melalui denai. Kami berehat dan makan tengahari di situ. Setelah selesai makan dan solat perjalanan diteruskan ke Kem Kor. Peserta paling akhir tiba di Kem Kor jam 6 ptg.

Pada tarikh 13/06/2011 perjalanan diteruskan ke Kem Botak. Pada hari kedua perjalanan amatlah jauh dan memenatkan. Hujan renyai turun disebelah petang. Nasib baiklah semua peserta telah bersedia dengan
kekuatan mental fizikal. Suasana sejuk di Kem Botak dan kesejukan membuatkan peserta tidur awal.Rasanya tidak sabar meneruskan ke puncak Tahan.

K
ami meninggalkan Kem Botak jam 9 pagi. Sejam berjalan semua peserta tiba dipuncak dan berbangga kerana hanya kamilah kumpulan yang berada di paling tinggi di Semenanjung pada ketika Itu.

perjalanan seterusnya ke Gunung Gedung.
Suasana yang sejuk dan angin kuat membuat peserta kurang selesa. Namun begitu pemandangan yang begitu indah membuatkan kesemua kepenatan dan ketidakselesaan hilang begitu saja.

Destinasi seterusnya ialah Kem Teku dan Kem Melantai. Dan akhirnya Semua peserta tiba di Kuala Tahan jam 3ptg. Pengalaman yang manis dan indah pada kali ini akan terpahit sampai bila. Syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan dan memudahkan perjalanan kami semua.








more pic: PKB Adventure