mangga

Nenggiri 2010

Penyertaan untuk program berakit Air Deras Nenggiri sudah pom penuh....
Satu taklimat pada yang peserta pada 8/11/2010 d DATARAN GEMILANG PKB jam 5 petang...
Semua peserta wajib hadir untuk pembahagian kumpulan, bahan mentah dan alat-alatan...

Tentatif Perjalanan Program Berakit Air Deras Sg Nenggiri

Tarikh

masa

12/11/2010

Jumaat

8.00 pagi

12.00 TGH

3.00 ptg

8.00mlm

Bertolak dari PKB

Solat Jumaat di Bandar Gua Musang

Persiapan Rakit/dinghy

Taklimat Perjalanan dan Keselamatan

13/11/2010

Sabtu

7.00 pagi

8.00 pagi

8.30 pagi

12.00tgh

1.00ptg

5.00 ptg

Makan Pagi

Senaman Ringkas

Ekpedisi Bermula ke Gua Cha

Berhenti Rehat /Makan tengahari

Bertolak ke Kuala Jenera

Sampai di Kuala Jenera

14/11/2010

Ahad

7.00 pagi

8.00 pagi

8.30 pagi

12.00tgh

1.00ptg

5.00 ptg

6.00 ptg

8.00 mlm

Makan Pagi

Senaman Ringkas

Bertolak Ke Kg Pulat

Berhenti Rehat /Makan tengahari

Bertolak ke Kg Star

Sampai di Kg Star

Bertolak ke Taman EtnoBotani

Makan Malam

15/11/2010

Isnin

8.00 pagi

10.00 pagi

3.00 ptg

Makan pagi/Paintball

Bertolak ke PKB

Sampai di PKB

BERAKIT AIR DERAS SG. NENGGIRI




PKB Adventure Team akan menganjurkan program berakit air deras di Sg Nenggiri, Gua Musang pada 12-15 November 2010. Kepada pelajar PKB yang berminat sila download borang penyertaan dan hantar borang penyertaan ke UNIT SUKAN.

untuk keterangan lanjut sila hubungi mirul -013-9016127

Tarikh tutup permohonan: 7/11/2010

Taklimat peserta: 8/11/2010 jam 5.00 ptg
*peserta wajib hadir

Karnival Sepak Takraw Kebangsaan

Pasukan takraw PKB naib johan Karnival Sepaktakraw Kebangsaan... on Twitpic

SHAH ALAM -- Lebih ramai tekong pintar, pelibas cerdas dan pengumpan cergas berjaya dicungkil dan dilahirkan daripada Karnival Sepak Takraw Kebangsaan Universiti Teknologi Mara (UiTM)-Kementerian Pengajian Tinggi 2010, baru-baru ini, wajar dimanfaatkan demi masa depan sukan warisan bangsa Malaysia ini.

Dengan kehadiran 48 regu bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam-Swasta (IPTA-S), 21 regu Bawah 18 Tahun dan 24 regu Bawah 15 Tahun, karnival kali kedua ini mencapai matlamatnya untuk turut membantu banyak persatuan sepak takraw negeri mengenal pasti bakat baru yang khusus bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).

Malah, melahirkan 'pemain dan pasukan sepak takraw berilmu' yang menjadi sasaran utama penganjur, bakal meluaskan lebih banyak pilihan buat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) apabila menyediakan pasukan yang mampu kembali merampas takhta dunia daripada musuh tradisi, Thailand.

Hadiah kemenangan berjumlah lebih RM10,000 turut mencetuskan sambutan hangat penyertaan termasuk dua lagi kategori - Wanita dan Media (11 regu kesemuanya) sepanjang kejohanan dari Jumaat hingga Ahad lalu di Kompleks Sukan Pusat Sukan UiTM di sini.

Gelaran acara kemuncak IPTA-S digondol Majlis Sukan Politeknik 'B' yang menewaskan Politeknik Kota Bharu 'B' 2-0 dalam perlawanan akhir sekali gus membawa pulang ganjaran RM1,300 yang turut disaksikan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Abdul Rahman Palil dan Ketua Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Naib juara meraih RM1,000 manakala regu tuan rumah, UiTM 'B' dan UiTM 'C' memenangi RM500 sebagai pemenang ketiga bersama sementara sagu hati buat yang kalah suku akhir iaitu Majlis Sukan Politeknik 'C', Kolej Komuniti Rompin, Politeknik Kota Bharu 'C' dan Majlis Sukan Politeknik 'A'.

Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) 'A' membuktikan kejaguhan dengan membolot gelaran kategori Bawah 18 dan 15 Tahun karnival ini sambil menghimpun RM1,650 apabila regu masing-masing menewaskan Banting dan rakan sepasukan, SSBP 'C' 2-0 pada perlawanan akhir.

Membariskan tekong dan pelibas negara, Siti Norzubaidah Che Ab. Wahab dan Nurul Izzatul Hikmah Zulkifli, Kelantan 'B' dan 'C' bergelar juara dan naib juara kategori Wanita serta mengaut ganjaran berjumlah RM1,150 manakala regu tuan rumah, UiTM 'B' dan 'C' berkongsi tempat ketiga.

Akhbar tabloid Sukan Malaysia pula menjuarai dan meraih RM1,000 dalam kategori baru, Media dengan mengatasi Utusan-Mingguan Sukan 2-0 dengan naib juara membawa pulang RM850 sementara RTM-Filem Negara dan Bikerz Magazine-Utusan-RTM di tempat ketiga dengan RM350.

Utusan-Mingguan Sukan membariskan eksekutif anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Media Sales (UMES) - Aznor Dzulkarnain Aziz (tekong), Mohammed Hairul Kusdi (pelibas daripada Jabatan Pengeluaran Utusan) dan Mohd. Izzuddin Kamaruddin (pengumpan/wartawan foto Mingguan Sukan).

Lain-lain pemain media termasuk Muhammad Haffizul Ibrahim (Jabatan Pemasaran Utusan), Manja Bah Lunggok (Filem Negara), Rajif Sulaiman, Idian Bah Lunggok, Wan Mohd. Noraffandi W. Mohd. Ghazali, Azmi Khamis, Syed Fadzil Syed Abdulla (RTM), Maznan Muhd. Mapot Muhamad Mahfud (ntv7) dan Azmi Mansor (Bikerz Magazine).

source: Utusan Malaysia

Porter

Sungguh kagum melihat kegigihan porter mengangkut barang dari Tipohon Gate ke Laban Rata. Biasanya mereka membawa lebih 50kg. Aku 10kg pon tak sanggup.

Demi sesuap nasi untuk anak-anak di rumah mereka gagahi ke Laban rata.
Buat mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah hargailah pengorbanan orang tuamu.

Mt Kinabalu
Sabah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gymnasium

Unit Sukan telah memindahkan semua peralatan dari bilik gym bwh kantin ke bekas pejabat pentadbiran Kolej Komuniti KoK Lanas bangunan bersebelahan kelas Politeknik Jeli.

Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar dan staff. Kepada yg berminat boleh berhubung dengan unit sukan atau menghubungi terus En Hasnizul.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test

Mr udom
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.