mangga

KEJOHANAN TAE KWON-DO MSPM 2009

TARIKH:27-30/12/2009
TEMPAT: POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

PKB telah menyertai kejohanan TAE KWON-DO MSPM buat julung kali di Polisas. Dengan berbekalkan azam dan kesungguhan Pasukan PKB telah memperolehi tempat kedua dalam pungutan pingat .

SENARAI PEMENANG TAEKWON-DO PKB DI KEJOHANAN SENIBELA DIRI MSP POLISAS 2009.

pingat EMAS

1. MOHD ALIKE BIN NORDIN (04DEM09F1040)
(Free SPARRING Micro weight)
2. QAMARIAH NORHIDA YAH BT SALLEH (04DKA06F544)
(Free SPARRING Micro weight)

pingat PERAK

1. KHAIRUL NAZMEE B. ABDULLAH (04DAD08F2107)
(PATTERN INDIVIDU 5TH-3RD)
2. MUHAMMAD KHUWALID B. A.RAHIM (04DKA09Fl158)
(Free SPARRING Light weight)
3. SARI WAHIDATUL ERMA BT.MOHD (04DKA09F1090)
(PATTERN INDIVIDU 10TH_9TH)
4. SITI NURUL IDA YU BT ROSDILAH (04DKA06F571)
(PATTERN INDIVIDU 5TH_3RD)

pingat GANGSA
1. FAIZAL B. MAT LEH (04DKE09F1100)
(PATTERN INDIVIDU 10TH_9TH)
2. SIn FATIMAH BT. JAAFAR (04SKE07F2038)
(Free SPARRING Light weight)

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA PEMENANG

ABDUL RASHID B AHMAD
Pengurus Pasukan Tae Kwon-Do PKB

KEJUARAAN PENCAK SILAT MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

Pada 26-30 Disember 2009
Pasukan Kelab Pencak Silat PKB menunjukkan belang di hujung tahun apabila mereka menjadi Naib Juara di Kejohanan Pencak Silat Peringkat MSP di Dewan Seri Makmur POLISAS.

Kejohanan pertama kali peringkat MSP ini menampakkan pembaharuan yang menarik yang mana semua pesilat PKB yang menyertai Kejohanan ini membawa balik pingat ke PKB.PKB ketinggalan 2 Emas dibelakang PUO yang menghantar semua kategori kerana dua pesilat PKB tidak menyertai kejohanan tersebut pada saat-saat akhir. Menurut Jurulatih Pencak Silat PKB Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani,pasukan pencak Silat PKB pada kali ini menunjukkan kehebatan dan digeruni oleh Politeknik lain apabila PKB layak ke separuh akhir dalam acara silat olahraga seramai 11 orang.Yang lebih memeranjatkan lagi semua kontijen ialah Pesilat PKB kelas B putera Ahmad Zeeyadi Zahailani telah menumpaskan pesilat yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan Asia pada perlawanan pilihan sesi perasmian penutup, pesilat tersebut dari PSA .

Persembahan pendekar-pendekar PKB menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang membanjiri Dewan Seri Makmur POLISAS tersebut membakar lagi semangat Pesilat PKB untuk mempersembahkan yang terbaik, terutama dengan kehadiran Tuan Pengarah PKB Hj Che Ku Mamat bin Che Ku Abdullah memberi kekuatan pada pesilat PKB

Keputusan pertandingan
1. Kategori silat Seni ( 1Emas, 1 Perak & 3 Gangsa)
a) i. Jurus Tunggal Puteri EMAS ( Wan Nuradhiah Wan Ibrahim)
ii. Jurus Tunggal Putera Keempat

b) i. Solo Kreatif Puteri GANGSA
ii. Solo Kreatif Putera Keempat

c) i. Ganda Puteri Keempat
ii Ganda Putera GANGSA
d)i. Regu Puteri GANGSA
ii Regu Putera PERAK

2. Kategori Silat Olahraga
a) Putera
Kelas A - Perak
Kelas B- Johan ( Ahmad Zeeyady bin Zaihalani)
Kelas C-Gangsa
Kelas D- Gangsa
Kelas E-Suku akhir
Kelas F-Gangsa
Kelas G-suku akhir
Kelas H-Gangsa
Kelas I – Gangsa
Kelas J- Tarik diri

b) Puteri
Kelas A – Emas ( Wan Nuradhiah wan Ibrahim)
Kelas B- Gangsa
Kelas C-Gangsa
Kelas D- Gangsa
Kelas E-Tarik diri

Keseluruhan silat olahraga 2 EMAS,1 PERAK dan 11 Gangsa
Keseluruhan pingat PKB 3 EMAS, 2 PERAK dan 14 GANGSA

Adalah diharapkan Semoga pencapaian Kelab Pencak Silat PKB melangkah lebih jauh daripada yang ada kini untuk pertandingan seterusnya dengan sokongan unit sukan PKB..